Tidur mampu merehatkan badan dan minda. Yelah, kerja atau belajar seharian membuatkan badan dan minda letih. Tapi pernahkan anda terfikir bahawa cara tidur anda salah ?
1. BANTAL HANYA UNTUK KEPALA ANDA.
-Jika anda tidur diatas belakang anda, letakkan sebiji bantal dibawah lutut untuk menyokong beban tulang belakang anda.
-Jika anda tidur di atas sebelah badan anda, letakkan sebiji bantal di bahagian ketiak anda untuk menyokong bebanan lengan.
2. TIDUR DIATAS PERUT ANDA.
-Tidur dengan cara ini mungkin menyebabkan anda sukar untuk bernafas.
3. TIDAK MEMPUNYAI WAKTU TIDUR YANG TETAP.
-Jadual tidur yang konsisten mampu mengurangkan kesakitan apabila bangun dari tidur pada hari keesokkannya kerana ia membantu badan menetapkan masa bangun anda.
4. TIDUR DENGAN PERUT YANG PENUH
-Makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur. Ini kerana anda mungkin berhadapan dengan masalah pedih ulu hati dan senak perut. Pastikan makan makanan yang ringan dan elakkan makanan yang bergoreng atau pedas.
5. TIDUR DENGAN TELEFON BIMBIT ANDA
- Skrin telefon bimbit memancarkan infra blue yang akan menggangu otak dan sistem saraf.
Infra blue mampu menggangu kitaran tidur semula jadi anda.
6. TIDUR BERSAMA HAIWAN KESAYANGAN
-Mengikut kajian Annual Associated Professional Sleep Societies, 63% pemilik yang tidur bersama haiwan peliharaannya tidur kurang dari sepatutnya.
KINI ANDA TAHU, JADI TIDURLAH DENGAN BERKUALITI
saya suka tidur dengan kucing saya T.T
ReplyDeletehehe nampaknya kena beli katil asing la ye :)
ReplyDelete