Lissa

Lissa

Friday, September 19, 2014

CHEESECUIT CHOCOLATE LISSA

Selamat pagi yang indah  :)
Fenomena cheesecuit nie dah lama, tapi baru 2,3 hari ni tergerak hati kecil Lissa nak cuba buat  hehehe..
Memang sedap! Adik2 Lissa siap order nak lagi..
Rupa2nya senang je nak buat, tak sampai 10 minit pun tapi yang susahnya nak tunggu cheesecuit ni sejuk. Mengugat iman betol kan?
Macam2 resepi yang hampir sama dikongsi,tapi kali ni Lissa olah sikit..

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

-250Gg cream cheese Tartura [ ikut pilihan masing2 ]
-1/2 susu pekat manis [ ikut tahap kemanisan yg anda nak ]
-1 pek biskut Tiger perasa chocolate
-1 sudu kecil esen vanila
-Susu low fat/full cream

CARA PENYEDIAAN:
-pukulkan bersama cream cheese dan susu pekat manis. [gunalah mesin ye, kalau nak exercise boleh guna manual je hihihi..]
-bila dah agak kembang [ tiada ketulan cheese ] masukkan esen vanila dan gaul  sebati. 
-masukkan sedikit susu low fat/ full cream untuk mencairkan  campuran cheese cream [ jangan terlalu cair atau pekat]
-sediakan bekas untuk tuang campuran tadi. [ letakkan baking paper untuk mudah keluarkan cheesecuit ]
-a]celup biskut dalam susu low fat/ full cream [jangan rendam, nanti lembik ]
-b]susun biskut pada dasar bekas [ Lissa susun 2 lapis, baru tebal chocolate tu hehe ]
-c]tuangkan sedikit campuran cream cheese diatas lapisan biskut tadi [ ratakan cream cheese sehingga menutupi biskut ]
-ulang langkah a,b,c sehingga cream cheese habis
-dah siap, hiaskan dengan lebihan biskut [ hancurkan ]
-kemudian sejukkan dalam peti sejuk [ part paling susah! ]

TARAAAAaaaaaaaaaaaaaaaa.. Ni lah hasilnya

 
 Nampak sedap tak? Memang sedap! Yang putih tu versi sedia ada,guna biskut empat segi :)

SELAMAT MENCUBA YE..

8 comments:

  1. wauuu sedapnyeee... nak sikit..hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnye! nak cuba lah ptg nanti..thanks for sharing ��

    ReplyDelete
  3. Drooling!....
    Menggoda sungguh cheesecuit chocolate ni...

    ReplyDelete
  4. sedapnya...rasa terliur macam mahu makan kek tu..

    tahniah anda ada blog yg menarik.. suka lagu dlm blog ni..
    jemput blogwalking ye..

    www.yatiadam.com

    ReplyDelete