Lissa

Lissa

Tuesday, September 30, 2014

GIVEAWAY BAIK PUNYA ANJURAN SWEET MOM BLOG

LET'S JOIN GA DARI SWEET MOM BLOG 

 http://sweetmom83.blogspot.com/2014/09/giveaway-baik-punya-anjuran-sweet-mom.html
Hadiah memang terrrbaiklah..
 
Hadiah ialah: 
  • Hadiah tempat pertama Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 50.00 + Free Gift
  • Hadiah tempat kedua Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 30.00+ Free Gift
  • Hadiah tempat ketiga Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 20.00+ Free Gift
 
Saya suka  Sweet Mom  Blog kerana ianya look sweet dan lovely dengan warna pink and putih.  Kehidupan Sweet Mom dizahirkan melalui lakaran dan animasi yang menjadi header blognya. Semestinya, pelbagai tips kesihatan dan kecantikkan yang dikongsi bersama rakan blogger yang lain.

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A

Wah..cam best je segmen nie.. Jom join.. senang jer!

 http://loveneddy.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-sweet-sour-by-na.html

Tatkala cinta melabuhkan tirainya,
di hati tiada lagi rasa,
titisan mutiara jernih membasuh sisa,
kenangan lalu menambah duka.. 

Apa lagi harusku kata.
jika bait kata mengguris rasa,
tinggalkan daku dengan jiwa lara,
terdampar berdoa pada yang ESA..

Pergilah, andai disitu bahagia,
daku disini tersungkur hiba,
hilanglah dari pandangan mata,
namun dihati rindu masih ada.. 

Ewah..ewah.. menjiwang pula hihi.. Good luck all

Monday, September 29, 2014

SHAMPOO L'OREAL PERCUMA!

PERCUMA? PERCUMA? PERCUMA?
Hehe ye percuma.. :)
L'Oreal Paris Malaysia ingin memberi sample Keratin Smooth 72H shampoo secara percuma.. 
Bagaimana? Klik banner ye 

L'Oreal Keratin Smooth 

Saturday, September 27, 2014

Wanita Yang Teristimewa

Kalau isteri sakitkan hati suami,tandanya derhaka pada suami.. Tapi bagaimana suami menyakiti hati isteri?

Wahai kaum suami..
kerana ISTERI, rezekimu bertambah
kerana ISTERI, maka lahirnya zuriat keturunanmu
kerana ISTERI, tenang hatimu
kerana ISTERI, makan,pakaimu terjaga
kerana ISTERI adalah satu manusia yang dapat melihat cacat celamu tetapi masih menerimamu.

Janganlah dikau menyakiti hatinya, ingatlah pengorbanan mereka walau kecil dimatamu.
Setiap peluh keringatnya yang menitis, melengkapkan keperluanmu..
Setiap titisan airmatanya yang mengalir kerana kamu dan anak-anak..

''Aku ciptakan wanita sebagai makhluk istimewa. Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anak. Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang tatkala yang lain menyerah. Ku berikan naluri untuk terus menyayangi walau sakiti dan dikhianati. Ku beri air mata kepadanya untuk membasuh lukanya dan memberi harapan baru tatkala jika suatu saat dia menangis..''

Hargailah isterimu.. Jangan sesekali disakiti hatinya kerana akan dicatitkan oleh Malaikat sebagai menderhaka kepada ALLAH,kerna isterimu adalah amanah dariNYA..

 
 

 

Friday, September 26, 2014

Nutella Cheesecake

Semalam saje google resepi nak buat cheesecake.. Terjumpa pula resepi buat nutella cheesecake..
Meleleh tengok gambar cheesecake tu hihihi...

Senang je nak buat, just dalam 10minit.. Tapi part susah nak sejukkan dalam peti sejuk :)

Bolehlah you all buat untuk esok.. Hari cuti kan :)

Bahan-bahan:
250g Cream Cheese [ guna ikut jenama pilihan ]
3 sudu besar nutella
7/10 keping digestive biskut
1/4 butter

Langkah-langkah:
1. Masukkan cream cheese dan nutella dalam mixer dan sebatikan. Ketepikan
2. Hancurkan digestive biskut dalam pan/bekas yang nak digunakan untuk kek ini
3. Gaulkan digestive biskut yang telah dihancurkan dengan butter. Nak buat lapisan nipis untuk cheese kek ini.
4. Tuang aduanan cheese diatas disgestive biskut tadi.
5. Sejukkan sebelum dihidang

DAN............TARA!! INI HASILNYA HEHE.. SELAMAT MENCUBA!


Thursday, September 25, 2014

DAH DATANG DAH!

TING TONGgggggggg.................

Wah, pepagi dah berbunyi loceng rumah.. Ada posmen datang hehehe.
Thanks to kak Naza

FIRST GIVEAWAY BY WNURASYIQIN

SELAMAT PETANG SEMUA :)
JOM JOIN GA BY WNURASYIQIN..
KLIK BANNER UNTUK JOIN  K.. TQ YOU ALL!


http://wnurasyiqin.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-by-wnurasyiqin.html

First Giveaway : Giveaway Contest

1st GA FROM  twosevenzerosixzeronine.blogspot.com


JOM JOIN :)


SILA KLIK BANNER YER..

1..http://nazatupperware.blogspot.com 2..http://coratcoretpinkummi.blogspot.com           3..http://norazua10.blogspot.com 4..http://sembang-kosong.blogspot.com

 

 http://twosevenzerosixzeronine.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html

Wednesday, September 24, 2014

100 FOLLOWERS

Tak sangka blog Lissa dah mencapai 100 followers.. TERIMA KASIH
Followers Lissa ke-100 ialah kak Naza Tupperware.. 
Semoga kalian terus menjadi followers Lissa and hopefully dapat ++ followers lagi hehehe..
SALAM SAYANG..

   

GA Floral Skirt




SENYUMLAH,HIDUP INI INDAH :)  

Jom Join GA Floral Skirt.

http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/09/giveaway-floral-skirt.html  

5 TINDAKAN BAHAYA SELEPAS MAKAN!




TAHUKAH ANDA TERDAPAT 7 TINDAKAN  BERBAHAYA MUNGKIN ANDA LAKUKAN SELEPAS MAKAN?

1. JANGAN MEROKOK
 


Suatu kajian dijalankan dan mendapati jika anda merokok sejurus selepas makan,  ia bersamaan dengan 10 batang rokok. Ini menyebabkan risiko untuk mendapat kanser adalah tinggi.

2. JANGAN MAKAN BUAH
 
Memakan buah sejurus makan membuatkan perut anda kembung? Jadi makanlah buah 1 jam sebelum mengambil makanan anda atau 1-2jam selepas makan.

3. JANGAN MINUM TEH

Ini kerana teh mempunyai tahap asid yang tinggi dan memyebabkan pengambilan protein lambat diserap.

4. JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN
 
Hal ini menyebabkan aliran darah meluru ke bahagian tangan, kaki  dan badan. Ini menyebabkan darah disekitar perut menurun dan akan melemahkan sistem penghadaman.

5. JANGAN TIDUR
 
Ini akan menyebabkan sistem penghadam sukar berfungsi dan menyebabkan gastrik dan pedih ulu hati.

SEMOGA INFO INI BERGUNA BUAT SEMUA :) 

Tuesday, September 23, 2014

Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM

JOM JOIN GA DARI YANA PINK :)
MUDAH-MUDAHAN ADA REZEKI ANTARA KITA :)





Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



JENIS-JENIS TEH DAN MANFAATNYA

Tahukan anda teh merupakan kunci kepada kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kebijaksanaan?

''From green to hibiscus, from white tea to chamomile, teas are chock full of flavonoids and other healthy goodies.'' 


 TEH HIJAU..
 Dibuat dengan daun teh dikukus, ia mempunyai kepekatan tinggi EGCG dan telah dikaji secara meluas. Antioksidan teh hijau yang boleh mengganggu pertumbuhan pundi kencing, payudara, paru-paru, perut, pankreas dan kanser kolorektal; mengelakkan daripada tersumbat arteri, membakar lemak, melawan tekanan oksidatif pada otak, mengurangkan risiko gangguan neurologi seperti Alzheimer dan penyakit Parkinson, mengurangkan risiko strok, dan meningkatkan paras kolesterol.
 


   

 TEH HITAM..
 Dibuat dengan daun teh ditapai, teh hitam mempunyai kandungan kafein yang tinggi dan membentuk asas bagi teh berperisa seperti chai, bersama-sama dengan beberapa teh segera. Kajian telah menunjukkan bahawa teh hitam boleh melindungi paru-paru daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada asap rokok. Ia juga boleh mengurangkan risiko strok.

 

TEH PUTIH.. 
Belum diawet dan tidak beralkohol. Satu kajian menunjukkan bahawa teh putih mempunyai sifat-sifat anti-kanser yang paling mujarab berbanding dengan teh lebih diproses.




TEH PU-ERH..
Diperbuat daripada daun yang ditapai dan tua serta dianggap sebagai teh hitam. Satu kajian haiwan menunjukkan bahawa haiwan yang diberikan pu-erh mempunyai berat badan kurang dan mengurangkan kolesterol LDL.








 
                                            SELAMAT MENIKMATI TEH ANDA

Monday, September 22, 2014

TIDUR DENGAN CARA YANG SALAH?


 

Tidur mampu merehatkan badan dan minda. Yelah, kerja atau belajar seharian membuatkan badan dan minda letih. Tapi pernahkan anda terfikir bahawa cara tidur anda salah ?

1. BANTAL HANYA UNTUK KEPALA ANDA.
-Jika anda tidur diatas belakang anda, letakkan sebiji bantal dibawah lutut untuk menyokong beban tulang belakang anda.
-Jika anda tidur di atas sebelah badan anda, letakkan sebiji bantal di bahagian ketiak anda untuk menyokong bebanan lengan.

2. TIDUR DIATAS PERUT ANDA.
 -Tidur dengan cara ini mungkin menyebabkan anda sukar untuk bernafas. 

3. TIDAK MEMPUNYAI WAKTU TIDUR YANG TETAP.
-Jadual tidur yang konsisten mampu mengurangkan kesakitan apabila bangun dari tidur pada hari keesokkannya kerana ia membantu badan menetapkan masa bangun anda.

4. TIDUR DENGAN PERUT YANG PENUH
-Makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur. Ini kerana anda mungkin berhadapan dengan masalah pedih  ulu hati dan senak perut. Pastikan makan makanan yang ringan dan elakkan makanan yang bergoreng atau pedas.

5. TIDUR DENGAN TELEFON BIMBIT ANDA
-  Skrin telefon bimbit memancarkan infra blue yang akan menggangu otak dan sistem saraf.
Infra blue mampu menggangu kitaran tidur semula jadi anda.

6. TIDUR BERSAMA HAIWAN KESAYANGAN
-Mengikut kajian Annual Associated Professional Sleep Societies, 63% pemilik yang tidur bersama haiwan peliharaannya tidur kurang dari sepatutnya.
  
                                  KINI ANDA TAHU, JADI TIDURLAH DENGAN BERKUALITI
 

Sunday, September 21, 2014

Promosi Malaysia EasyParcel: RM25 Kredit Percuma

ANDA KERAP MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS?
Dapatkan kredit RM25 percuma dari Easy Parcel!

Dengan hanya beberapa klik pada peranti elektronik anda, pembekal kurier yang dipilih akan datang ke tempat kerja atau rumah anda untuk mengumpul bungkusan anda. Semua pesanan diproses secara automatik dengan Carrier melalui laman web EasyParcel.

>> Dokumen, bungkusan, palet, pengangkutan, IDW (dimensi yang tidak tetap & berat), dan bekas.
 
>> Gunakan pilihan dari Skynet, Airpak Express, PosLaju, Nationwide Express, DHL atau kurier untuk menyampaikan bungkusan ke Semenanjung dan Malaysia Timur.

 
>>Transaksi perkhidmatan dalam talian menghapuskan beratur, dengan bungkusan pick-up yang ada di rumah atau pejabat.

 
>>Tawaran generasi automatik nota konsainan udara (atau surat angkutan udara (AWB)) dan label penghantaran.



DAPATKAN KREDIT PERCUMA DI SINI 

Tanda-tanda Si Dia Menipu

Alasan demi alasan si dia berikan kepada anda. Adakah si dia setia atau hanya bermain dengan anda?
Tidak salah mempercayai si dia, tetapi jika anda tidak pasti..jom baca tanda-tanda jika si dia menipu..

1. TIDAK BERSEDIA UNTUK HUBUNGAN YANG LEBIH SERIUS
Sudah berapa lama anda dengan si dia? 5 tahun? 7 tahun? Dia sering mengelak apabila berbicara mengenai hal ini. Belum bersedia? Banyak masalah? Tetapi dia tetap bersama anda,menemani anda. Dan anda terus bersamanya dengan harapan si dia akan menyedari andalah 'ms/mr right' nya.

2.RAKAN BERLAINAN JANTINA
Nampaknya si dia mempunyai ramai rakan yang berlainan jantina. Tetapi anda, hanya suku darinya.

3.BANYAK ALASAN
 'Sorry,bateri habis' .. 'Tak dengar awak call.Busy tadi' .. 'Main game bola tadi'.. 'Jap,mak call i..'
Hehehehe..

4.BERKEPIT DENGAN HANDPHONE
'Eh, nak gi toilet pun awak kena bawa handphone ke?'
Si dia langsung tak boleh dipisahkan dengan handphonenya. Kejap bunyi mesej, kejap tersengih depan handphone.. Curiga kan? kan?

5.TIDAK MENGHARGAI
Si dia tidak menghargai anda. Sedihkan? Tambah-tambah lupa nak wish birthday. Bukan nak minta hadiah ke, kek ke.. Cuma ucapan yang tulus dari hati.. 
Bila birthday si dia, hantar kek.. Buat party bagai.. hmm

SO YOU ALL.. JANGAN ABAIKAN SI DIA YANG SETIA BERSAMA ANDA..
JANGAN KEHILANGAN PERMATA KETIKA ALPA MENCARI KACA..

     
 





   

Saturday, September 20, 2014

I'm follower bertuah NAZA TUPPERWARE

 
Hehehe wah, happy ye bila Lissa check blog. Lissa dipilih oleh kak  Naza Tupperware dan little Dubeis Ryan Isqandar sebagai follower bertuah.

THANK YOU!!! 
 
Hehehe imej terdahulu sebelum yang terbaru..




5 Cara untuk menjadi orang yang lebih baik

1. BERSEDIA UNTUK BERUBAH
Dalam usaha untuk menjadi orang yang lebih baik.anda haruslah bersedia untuk berubah. Perubahan adalah satu-satunya cara untuk berkembang dan memajukan diri namun ramai yang menentang perubahan. Bukannya ia sesuatu yang bagus? Lakukan dari langkah yang kecil seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan, melipat pakaian yang kering dan sbgnya. Apabila anda bersedia untuk berubah, anda maju setapak untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam.

2. MENJADI CONTOH ATAU ROLE MODEL
Perbuatan atau sikap kita sentiasa dilihat oleh orang sekeliling. Menjadi ibubapa atau anak sulung, kita sentiasa dilabel sebagai contoh kepada anak-anak atau adik-beradik yang lain. Tidak kira apa yang kita lakukan, sentiasa membuat keputusan dan langkah yang akan orang lain akan menghormati anda.

3. MEMAAFKAN 
Manusia cenderung membuat silap dalam kehidupan. Yang pasti, tiada seorang pun yang tidak membuat kesilapan. Memaafkan merupakan suatu langkah yang positif dalam kehidupan. Menyimpan dendam atau marah hanya akan menyesakkan anda.

4.MENDENGAR
Bebanan kerja dan kekurangan masa membuatkan ramai yang tidak mendengar.
Mendengar bukan sahaja mengetahui mengapa sesuatu berlaku tetapi juga dapat merapatkan sesuatu hubungan. Menjadi seorang pendengar yang baik mampu merubah hidup anda.

5.HARGAI INSAN TERSAYANG
Adakah anda mempunyai seseorang yang istimewa atau insan tersayang?
Sama ada ia pasangan anda atau ahli keluarga, hargailah mereka. Zahirkan kasih-sayang anda melalui  hadiah sebagai penghargaan kepada mereka. Hadiah tidak semestinya mahal tetapi ianya haruslah lahir dari hati anda.  Salah satu perasaan yang indah adalah membuat insan tersayang tersenyum ketika berada disisi anda.