Lissa

Lissa

Friday, October 10, 2014

KHASIAT HERBA TRADISIONAL

 


Semua herba ini memang senang dijumpai, namun tidak ramai yang tahu apa kegunaan dan khasiatnya. Mari sama-sama belajar tentang khasiat herba tradisional. 

~~Lengkuas lancarkan peredaran darah

 

Ia mengandungi bahan antioksida semulajadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh. Selain itu, lengkuas mampu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat.  Masalah seperti panau dan ekzema mampu diatasi kerana leng­kuas mengandungi bahan kimia semula jadi yang mampu menghapus bakteria pada permukaan kulit.

~~Limau purut untuk kecantikan kulit dan rambut 





Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.Limau purut dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta mengurangkan masalah kelemumur. Ambil sebiji buah limau purut, belah dua dan sental pada permukaan kulit kepala. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

 ~~Serai untuk melangsingkan tubuh 



Bahan antibakteria serta elemen detoksifikasi yang terkandung di dalam serai boleh membantu menurunkan berat badan dan membuang lemak.Kajian University Gurion di Israel mendapati 100 gram serai yang mengandungi bahan antikoksidan membantu mengelak kanser.

 ~~Buang angin dengan halia

 

Ia biasanya bermanfaat untuk mengurangkan masalah tidak hadam, angin di dalam perut serta memperbaiki saluran usus.
Kajian saintifik mendapati halia mengandungi sifat-sifat teraputik yang menghalang pembengkakan dan kesan antioksidan.
Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Juga, hasil kajian dari University of Michigan Medical School mendapati bahawa akar halia baik untuk mengurangkan simptom kanser kolon serta membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. 

 ~~Sembuhkan batuk dan sakit gigi dengan cengkih

 

Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal sejak berzaman lagi. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilang­kan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih sebagai teh. Ia baik untuk mengurang­kan masalah sakit gigi dan gusi.Cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya.
Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih ini berfungsi untuk melawan bakteria.

2 comments:

  1. hi Lissa, I tag you in a segmen. come and check it out.
    http://nomilicouz.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html

    ReplyDelete