1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita
tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk
menggantikan makanan. Ini menyebabkan
kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar,
pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini,
walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal,
tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak
membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini
menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi
menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL
di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3.ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
4.KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit
air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
5. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
6.MINT MEMBANTUTKAN SELERA
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi
anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut
akan membantutkan selera anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice info
ReplyDeleteTy for reading :)
Delete