Lissa

Lissa

Wednesday, October 08, 2014

9 Kebaikan ubi keledek.

 


Orang Malaysia memang tidak boleh dipisahkan dengan nasi. Namun bagi mereka yang ingin berdiet anda boleh cuba untuk menukar haluan dari mengambil nasi dengan memakan ubi keledek.


Jom, baca apa kebaikan ubi keledek..

1) Kandungan serat yang tinggi.
Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Untuk setiap hidangan (200g) terdapat kira-kira 7 gram serat, ubi keledek merupakan tambahan karbohidrat untuk hidangan makanan anda. Serat yang tinggi memberikan kelebihan kepada ubi keledek iaitu "kualiti pembakaran perlahan" bermakna tenaga kalori mereka digunakan lebih perlahan-lahan dan cekap daripada karbohidrat rendah serat


2) Ubi Keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi.
Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

3) Ubi Keledek merupakan sumber Vitamin C yang baik. 
Kite sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser

4) Kandungan Vitamin D dlm ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

5) Ubi Keledek mengandungi besi (iron). 
 Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting dlm badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

6) Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

7) Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium, ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.

8) Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

 9) Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.


ANDA MAMPU MENUKAR DIET DARI NASI KE UBI KELEDEK ?? :)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.. 

 

2 comments: