Lissa

Lissa

Monday, December 22, 2014

5 Creative Business Cards

Jom kita intai idea kad bisnes yang awesome .. 
Haaaa mana tau ada usahawan yang buat kad bisnes tu.
Jangan lupa hantar kat Lissa juga ye!

1. Kad Bisnes Yoga
Creative-business-cards-yoga 


2. Kad Bisnes Ala-ala Gelanggang Tenis 
 Creative-business-cards-tennis 




3. Kad Bisnes Mekap Artis

OpusMultipla  

4. Kad Bisnes Perabot

 Creative-business-cards-chair 

5.. Kad Bisnes Pembedahan Plastik

 




Creative-business-cards-surgeon

Tuesday, December 16, 2014

Penang with Love

Hai semua..Apa khabar?
Sejuk je Penang hari ni.. Hujan dari pagi sampai sekarang..Bestnyer..
Rasa nak ZZzzzzZZZ je .. hihiihi
Alamak.. Baju belambak tak kering..hmmm
Tapi xpelah, jom relax2..makan kuaci ..


HAVE A GOOD DAY !!


Tuesday, December 09, 2014

GSC Movie Pass Give Away by Pallas Malaysia

KORANG NAK MOVIE TICKET FREE TAK?
JOM JOM!! PALLAS MALAYSIA GIVING AWAY FREE MOVIE PASS!

NIE LISS PUNYA.. YEAAAH TENGOK MOVIE LAGI HIHIHI




JUST KLIK HERE >>>   Movie Pass by Pallas

Saturday, December 06, 2014

Chocolate Bouquet from Suprise ll Cik Plores

Lissa menang Chocolate Bouquet from Suprise ll Cik Plores  last month..
Cantik kan? Lovely sangat sampai hari ni pun xsentuh lagi tau.. hehehe
  




Now Cik Plores buat promotion tau.. tapi untuk orang JB je.. 
tapi kalau ada orang JB kat sini, bolehlah dapatkan khidmat ni..
Kalau you all nak 'suprise'kan orang-orang yang special bolehlah cari Cik Plores
Best kan.. :)
Click sini untuk mencari  >> Surprise-II-Cik-Plores
P/s: Admin Suprise ll Cik Plores sangat peramah n lovely juga hihi

Gambar: Org jb siap sedia... 
ONLY JB 
Promotion for 07 DEC 2014
jgn ketinggalan yerk..
pm or whatapp +60187887839

Wednesday, November 19, 2014

Monday, November 17, 2014

PETUA MUDAH UNTUK KEKAL NAMPAK BERSERI

AIR DAUN PEGAGA -------------------------------
Sediakan daun pegaga sebanyak 2 genggam. Bersih dan tumbukkannya sehingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air dan minum perahan air ini 2 atau 4 kali seminggu. Insyaallah tidak akan dimakan usia.

 KHASIAT AIR KELAPA TUA -------------------------------------
Cuba amalkan membasuh muka menggunakan air kelapa tua ini dan biarkan kering sendiri selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air bersih. Disamping mengawet muda wajah anda ia juga bertindak sebagai moisterizer. Insyaallah

 RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA. ----------------------------------
Ambil 1 atau 2 pelepah basuh sehingga bersih kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bedak sejuk. Gaul sampai rata dan sapukan ke wajah anda dengan rapi. Ulangi memakainya 2 kali sehari. Insyaallah pasti ada perubahannya.

 KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA. -----------------------------------
 Ambil beberapa daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kobis dan gaulkan dengan madu lebah tersebut. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkannya menggunakan kapas lembab dengan lembut. Insyaallah kulit muka anda akan sentiasa lembab dan tegang.

DAUN INAI PENAIK SERI ---------------------------------
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira 3 cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Insyaallah wajah anda akan berseri.


 KHASIAT KUNYIT MUDA ---------------------------------
 Ambil kunyit muda yang segar, bersih dan potong nipis. Jadikannya ulam semasa anda makan nasi. Insyaallah wajah anda akan berseri dan menawan keluarga bahagia.

Friday, November 14, 2014

8 KESILAPAN YG BIASA DILAKUKAN SEMASA DIDATANGI HAID..

Hari ni, Lissa nak kongsi buat semua wanita hihi jom check apa kesilapan yang biasanya kita lakukan semasa datang 'period'


🚩Tidak membasuh tgn dgn betul semasa memakai tuala wanita. Kemngkinan kuman pd tgn akan meresap semasa menukarnya.

🚩Menyimpan tuala wanita dlm bilik air. Di negara kita, kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu membiakkan kuman pd tuala yg belum digunakan. 

🚩Tidak memberi perhatian pada TARIKH LUPUT. Sebenarnya keperluan dr segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan perlu diketahui. Semakin hampir tarikh luput, semakin berkurangan mutunya.

🚩Membeli pada peringkat harga pronosi. Biasanya jualan begitu membabitkn brngan bermutu rendah ataupun brngn lama yg mngkin telah menurun tahap kualitinya.

🚩Menggunakan produk pada peringkat percubaan. Sememangnya dr semasa ke semasa,ada shja produk bru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yg cuba menarik perhatian. Bahan yg digunakan tidak berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kpda pengguna. 

🚩Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yg berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.

🚩Menggunakan dlm tempoh yg sama. Utk wanita asia, bilangan tuala yg digunakan lbh sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dlm hal ini bukan lah suatu tindakan yg bjak. Sebaiknya gunakan lah tuala wanita hanya dlm tempoh 2 jam. Selpas itu ditukar pd yg baru.

🚩Tuala yg mempunyai ketebalan luar biasa dgn harapan ia tak perlu ditukar selalu merupakan tndakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia punca pembiakan kuman bakteria. 

Sunday, November 09, 2014

Cara Atasi Anak Malas Belajar

Sudah menjadi lumrah, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya. Anak terbentuk mengikut acuan kita, seperti kain putih kita ibubapa yang mewarnai kehidupan mereka. Jika kita tidak rajin mendidik mereka dari kecil dan menerapkan nilai-nilai murni kemungkinan mereka akan degil dan kurang bercakap dengan kita.

1) Buat Kerja Sekolah Bersama-sama anak

Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di rumah.
Ini kerana, anak-anak mungkin berasa bosan atau mereka tidak memahami tentang pembelajaran.
Di sekolah, guru peneman mereka untuk menyelesaikan masalah.Apabila di rumah ibu adalah guru ke2 untuk mendidik si anak.

2) Berikan Ganjaran kepada anak

Wujudkan pertandingan ketika belajar. Contohnya: jika anak-anak boleh siapkan kerja sekolah pada waktu yang singkat mereka boleh pergi bermain dengan kawan-kawan.
Pujian adalah salah satu cara untuk memotivasikan si anak, berikan hadiah jika si anak mendapat markah yang baik.
Pujian itu juga adalah mata ganjaran dan doa buat si anak.Jadi pujilah jika mereka melakukan sesuatu yang membanggakan.Ingat!!Jangan lokek.
Si anak akan berasa lebih dihargai dan tanpa disuruh akan mengulanginya lagi untuk menggembirakan hati ibu bapa.

3) Menjadi Sahabat kepada Anak

Kenali masalah anak-anak dengan menjadi rakan mereka, ini lebih mudah untuk mereka berceritakan masalah yang dialami.
Memberi keyakinan yang tinggi agar mereka tidak takut untuk menghadapi sebarang kesukaran atau masalah di sekolah.
Selalulah memberi kata-kata semangat, dorongan dalam memotivasikan diri anak-anak anda.

4) Berdoa

Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur
Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
Memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t dan mengamalkan zikir.

Diharap perkongsian tips anak malas belajar di dalam pelajaran ini memberi seribu satu manfaat yang bermakna untuk para ibu bapa. Ibu bapa harus bijak berbicara dengan lembut terhadap si anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa buat mereka.


 

Friday, November 07, 2014

Jom Serbu 7-Eleven


 Gambar: 7-Eleven Malaysia BYO Cup Day happens today!!!

In conjunction with our 30th birthday, bring your own cup of any size (T&C Apply. Hehe) and fill it up with #Slurpee for only RM2.20! 

We're also giving away 10 GoPro cameras and 20 Fujifilm Instax cameras when you snap a photo of your unique cup that is filled with Slurpee. Do remember to include the hashtags - #7ElevenMY + #BYOCupMY and also do post it on our Facebook Wall by the 9th of November 2014. 

So Slurpee-lovers, grab your cups and meet us at your favourite 7-Eleven Malaysia store today from 11am to 7pm to grab the best frozen drink the world has ever known!

Kedai serbaneka 7-Eleven menyambut ulangtahun yang ke-30 pada hari ini dan menawarkan pembelian  SLURPEE dengan harga RM2.20. Yang bestnya, korang boleh bawa bekas untuk diisi sendiri oleh anda..
Wow... bestkan? So, bawalah baldi ke, botol 5liter ke.. xkisah banyak mana,janji muat..
Kalau korang lagi terrer, ambil gambar anda dan join contest 7-Eleven ni k..
Banyak hadiah tau!!

Jom.. nak cari pasu kejap huhuhu

Tuesday, November 04, 2014

KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH

Selalu korang mandi pukul berapa ek? hihihi rahsia ye?
Jom kita baca apa kelebihan mandi sebelum Subuh.

Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
 


Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.


Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit


 
 

Monday, November 03, 2014

TIAMO Private Shopping Spree

Hi all.. Apa khabar?
Ada tak orang Penang here? Kalau ada, angkat tangan tinggi2 hehe

Saje nak share 1 event ni.. TIAMO Private Shopping Spree@Queensbay Mall..

Sempena menyambut ulangtahun ke-4, TIAMO akan menawarkan peminatnya Private Shopping Spree
di outlet terpilih.. wah! ala-ala VVIP la kan? Kalau nak join, kena dapatkan tiket/pass dulu tau! 



TIAMO is celebrating our 4th Anniversary this year and we would like to thank all of you who've been so supportive through these years. Thus, we'll be having a Private Shopping Spree at selected outlets, and we are going to meet our fans in Penang island this round. Great promotions and goodies will be given away to our fans! Register yourself now to receive a pass to the event! Limited admission,

Register yourself now for the admission pass!
http://on.fb.me/1rjTgqO (Desktop)
http://goo.gl/kNcU8g (Mobile)

Date: 8th & 9th Nov 2014 (Sat & Sun)
TIAMO Queensbay Mall, Penang

Time slots:
10.30am 1pm
1.30pm to 4pm
4.30pm to 7pm
8pm to 10pm

STRICTLY NO changes allowed after registration, kindly ensure all details are correct before submission.

Thursday, October 30, 2014

TIP MEMBUAT SUSU YANG BETUL

Ada tak yang masih tak tahu bagaimana membancuh susu bayi dengan betul??
Kebanyakkan ibu bapa meletakkan susu tepung ke dalam botol susu kemudian 'direct' masukan air panas, kemudian barulah masukkan air sejuk.
Cara ini salah tau. 

Kaedah yang betul ialah:

1. Tuangkan air sejuk (air masak)
2. Tuangkan air panas sediki demi sedikit hingga dapat suhu air yg diperlukan sama ada suam atau sedikit panas.
3. Letakkan susu formula mengikut sukatan yang diperlukan.
4. Goncang hingga sebati.
5. Rasa dahulu tahap kepanasan susu itu sebelum di berikan kepada si manja.


Tidak ada gunanya gunakan susu paling mahal di pasaran sekalipun, tetapi cara membancuh yang salah sekaligus merisikokan anak2 kita.


 

Saturday, October 25, 2014

PETUA RAWAT DEMAM SELSEMA TANPA MAKAN UBAT

1. Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah.

2. Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

3. Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak

4. Halia Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

5. Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik

6. Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

7. Air Beras
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

 

Selamat mencuba dan semoga sembuh.

Thursday, October 23, 2014

Jangan Berhenti Bersenam

Korang suka bersenam tak? Tak kisahlah ber'aerobik' ker.. Jogging ker..?
Haa..bagus2.. Boleh maintain dan kuruskan badan hehehe..
Tapi..jangan berhenti bersenam k?
Sebab? hehe..
Yelah, nanti termegah2 nak naik tangga sebab berat badan dah naik..
Mengikut saintis barat, Wayne Wescott..
'Individu yang bersenam secara konsisten selama dua bulan berturut-turut dpt meningkatkan tenaga hampir 
46 peratus''
''Namun, jika mereka meninggalkan senaman tersebut,mereka akan kehilangan 23 peratus tenaga yang mereka usahakan selama ini''

JADI..TERUSKAN BERSENAM YE.. XMO SKIP2

Tuesday, October 21, 2014

Jom ketawa :)

 



Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.
Panik, si isteri menelefon suaminya...

Isteri:   Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni!

Suami:  Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM20,000... dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang..?

Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata..

"ye bang... saya masih ingat".

Lalu si suami membalas..

"Baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus."

Hehehe ngegade je ye.. 

 

Sunday, October 19, 2014

7 signs that show he was our mate

 



1. Naive
We love it to be casual and not acting. Look at the way he dressed, the way conversations, how to laugh and how to eat and drink. Is it spontaneous and not controlled or looked strange. If it seems less comfortable with his style, he was acting lawfully. Sometimes, we can detect that he was acting. But, when he appeared natural and not artificial, he was a suitable candidate of our lives. If not, he may not be our mate.

2. Easy Joint
Although we are always with him, not the slightest feeling bored, tired or stressed at ourselves. Increasingly dear to him. We are always calm, happy, and he became our grief catharsis.

3. We accept AS
Regardless of past stories we've ever done, he did not care. Maybe he knew parting with former lover before our start. He also did not take the story of who we are before.Most importantly, who we are now. Although he knows that we have had previous lovers, he does not take a direct liver. All he knew, we were hers now. He is also willing to share the story of his past. No need to keep secrets when he is ready to be our life partner.

4. Always Honest
She did not mind what we are doing is not illegal as long as the arbiter of religious law. Honesty on display to attract our hearts. Honesty is not something that can be played. We can suspect something when he deceive us. As long as entrenched in his honesty, happiness become ours. When apart, honesty, the most important factor for a relationship. When he was not honest, difficult to avoid cheating from happening to us. When he was honest, the warm relations we love. Honesty is dotted with a true love of loyalty to bear.

5. Believe
Everyone has their own secrets. Sometimes the secret to be shared in order to reduce the burden. When we have a secret to tell you beloved, is our secret safe in his hands? For those who are married, the nature of mutual trust between each other arising from the conscience. They feel safe when telling secrets to her lover against the other partners. Another, we are not secretive anything to him and we would secure our secret.

6. Easy Work
For those of us who want to succeed and remain a love affair in the long run, we and he needs to work together through this life. We and lovers need to cooperate to do something either trivial or difficult. All work done must be sincere to help couples and ease their work. The most important thing we and he can go through all this to do together. We and he can do everything without the need for other people and we are happy to do it together. This is important because it affects our lives in the future. If there is no cooperation, it is difficult to live with it. This is because, we who bear the burden of responsibility entirely.

7. Istikharah prayer and Tawakkal
Dating and meeting them at the hands of God. People are only planning on the world stage and the script written by the one true God. Sometimes, in the role as an actor, guided by dreams or intuition. Dream sleep is play, but when we do pray istikharah and prayed God guides, God willing, with his permission we get guidance. If he is our choices, make decisions properly. If not, reject him well. Everything we do is for happiness in the world. After all work on, put your trust in Him and continue to pray.

Friday, October 17, 2014

Kuruskan Badan Tanpa Berlapar

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3.ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


4.KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


5. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


6.MINT MEMBANTUTKAN SELERA
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.



Wednesday, October 15, 2014

Cara Memikat Hati Suami

 


Terbaca di majalah online mengenai hal ini, sesaje nak kongsi. Buat panduan pada diri sendiri dan sahabat untuk sekarang @ masa hadapan :)

Cara Memikat Hati Suami..



THERE IS NOTHING LIKE MARRIAGE







Layanan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.


Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.


Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.


Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.


Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.


Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.


Dan yang paling penting dekatkan diri pada tuhan insyallah tuhan dekatkan pasangan kita disisi kita sentiasa dan jangan lupa menjaga kesihatan kewanitaan kita..

Monday, October 13, 2014

TIPS UNTUK MENEGUR SUAMI TERSAYANG

Salam sayang semua. Memang susah nak tegur orang lelaki kan? Sikap ego mereka kadangkala buat kita cuak. Lis terbaca tips ini dan nak share dengan anda..Tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah bagaimana untuk menegur suami anda.

✔ Baca doa pelembut hati sebelum bercakap.
✔ Cakap 1 perkara pada 1 masa.
✔ Beri dia peluang untuk bercakap sebab lelaki tak selesa dan tak suka memotong cakap orang.
✔ Elak pamerkan emosi semasa bercakap.
✔ Beri dia fakta dan maklumat untuk mudah terima idea.
✔ Cakap ringkas dan jitu, elakkan terlalu detail.
✔ Tundukkan kepala bila bercakap tanda hormat dan suara menjadi lembut dan lebih "base", mirip suara lelaki.
✔ Sentiasa puji suami dengan ikhlas sebelum menegur.
✔ Sokong pendapatnya selagi tak bertentangan dengan hukum.
✔ Elak jatuhkan maruahnya.
✔ Elak bandingkan suami dengan lelaki lain.







 

Saturday, October 11, 2014

KEYBOARD





Kenapa agaknya huruf-huruf keyboard pada komputer tidak disusun secara teratur? Dulu time mula-mula nak belajar taip, memang susah! Mencari-cari mana huruf A,B..dll.. Hehehe agaknya korang sama x ?
Jom kita baca sejarah huruf-huruf keyboard tidak disusun secara teratur.. 

1. Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD tapi bila disusun macam ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem mesin taip dia. Jadi, Scholes pun invent sistem QWERTY ni.

2. Tahukah anda,sebenarnya sistem QWERTY dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan? Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan dan kita jadi lebih relaks bila menaip.

3. Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, jadi kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.

4. Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai? Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti korang perasan.




Friday, October 10, 2014

KHASIAT HERBA TRADISIONAL

 


Semua herba ini memang senang dijumpai, namun tidak ramai yang tahu apa kegunaan dan khasiatnya. Mari sama-sama belajar tentang khasiat herba tradisional. 

~~Lengkuas lancarkan peredaran darah

 

Ia mengandungi bahan antioksida semulajadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh. Selain itu, lengkuas mampu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat.  Masalah seperti panau dan ekzema mampu diatasi kerana leng­kuas mengandungi bahan kimia semula jadi yang mampu menghapus bakteria pada permukaan kulit.

~~Limau purut untuk kecantikan kulit dan rambut 





Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.Limau purut dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta mengurangkan masalah kelemumur. Ambil sebiji buah limau purut, belah dua dan sental pada permukaan kulit kepala. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

 ~~Serai untuk melangsingkan tubuh 



Bahan antibakteria serta elemen detoksifikasi yang terkandung di dalam serai boleh membantu menurunkan berat badan dan membuang lemak.Kajian University Gurion di Israel mendapati 100 gram serai yang mengandungi bahan antikoksidan membantu mengelak kanser.

 ~~Buang angin dengan halia

 

Ia biasanya bermanfaat untuk mengurangkan masalah tidak hadam, angin di dalam perut serta memperbaiki saluran usus.
Kajian saintifik mendapati halia mengandungi sifat-sifat teraputik yang menghalang pembengkakan dan kesan antioksidan.
Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Juga, hasil kajian dari University of Michigan Medical School mendapati bahawa akar halia baik untuk mengurangkan simptom kanser kolon serta membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. 

 ~~Sembuhkan batuk dan sakit gigi dengan cengkih

 

Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal sejak berzaman lagi. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilang­kan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih sebagai teh. Ia baik untuk mengurang­kan masalah sakit gigi dan gusi.Cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya.
Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih ini berfungsi untuk melawan bakteria.

Thursday, October 09, 2014

SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWER SAMPAI PUAS

KLIK BANNER UNTUK JOIN YE.. ADA HADIAH SAGUHATI  MENANTI BLOGGER YANG BERTUAH..

http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/09/SegmenTingkatkanFollowerSampaiPuas.html

Wednesday, October 08, 2014

9 Kebaikan ubi keledek.

 


Orang Malaysia memang tidak boleh dipisahkan dengan nasi. Namun bagi mereka yang ingin berdiet anda boleh cuba untuk menukar haluan dari mengambil nasi dengan memakan ubi keledek.


Jom, baca apa kebaikan ubi keledek..

1) Kandungan serat yang tinggi.
Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Untuk setiap hidangan (200g) terdapat kira-kira 7 gram serat, ubi keledek merupakan tambahan karbohidrat untuk hidangan makanan anda. Serat yang tinggi memberikan kelebihan kepada ubi keledek iaitu "kualiti pembakaran perlahan" bermakna tenaga kalori mereka digunakan lebih perlahan-lahan dan cekap daripada karbohidrat rendah serat


2) Ubi Keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi.
Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

3) Ubi Keledek merupakan sumber Vitamin C yang baik. 
Kite sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser

4) Kandungan Vitamin D dlm ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

5) Ubi Keledek mengandungi besi (iron). 
 Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting dlm badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

6) Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

7) Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium, ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.

8) Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

 9) Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.


ANDA MAMPU MENUKAR DIET DARI NASI KE UBI KELEDEK ?? :)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA..