Lissa

Lissa

Monday, October 06, 2014

1st GIVEAWAY BY Cantik Sihat Semulajadi

Pertama kalinya blog Cantik Sihat Semulajadi nak buat GiveAway.
Yeay!! Jom meriahkan GA nie 

http://www.cantiksihatsemulajadi.com/2014/09/1st-give-away-by-cantik-sihat-semulajadi.html

"First Giveaway By Syafiyahluv.com".

HADIAH PEMENANG

1. OSTEMATRIX x 2 BOTOL
2. ALFALFA (L) x 2 BOTOL
3. NURSING PONCHO x 2 HELAI
4. TUPPERWARE MICKEY MINNIE x 2
5. CHEWABLE VIT C x 1
6. PEPPERMINT GINGER x 1
7. SHAWL x 5 HELAI (SPONSOR BY - JUNAIDAWATIE)
 
Wah.. Cam best je hadiah yang menanti pemenang bertuah.. Apa lagi, jom join.. Good Luck!!
 
KLIK BANNER UNTUK JOIN :)
 
 

Kenali Bentuk Tubuh Anda

Seseorang mungkin pernah bertanya pada diri sendiri, mengapa ada sesetengah individu itu mudah untuk naik berat badan, sedangkan ada sesetangah individu itu susah benar untuk menaikkan walau 1kg berat badan.KAN? KAN?


Ahli psikologi Amerika Syarikat, William H. Sheldon (1898-1977) pada tahun 1940-an telah mengeluarkan sebuah teori yang merubah persepsi masyarakat dunia terhadap rupa tubuh badan manusia. Teori somatotypes ini menyatakan bahawa manusia secara umumnya terbahagi kepada 3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut 3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badan.


Gambar: KENALI BENTUK TUBUH ANDA

Seseorang mungkin pernah bertanya pada diri sendiri, mengapa ada sesetengah individu itu mudah untuk naik berat badan, sedangkan ada sesetangah individu itu susah benar untuk menaikkan walau 1kg berat badan. Mengapa pula ada individu yang sedari kecil lagi sudah gemuk, sekaligus membuatkan individu ini tidak pernah merasai pengalaman memiliki tubuh badan yang kurus walau sesaat pun dalam hidupnya (sebenarnya boleh, tiada apa yang mustahil kalau kena pada program senaman dan cara diet yang sesuai dengan dirinya).

Ahli psikologi Amerika Syarikat, William H. Sheldon (1898-1977) pada tahun 1940-an telah mengeluarkan sebuah teori yang merubah persepsi masyarakat dunia terhadap rupa tubuh badan manusia. Teori somatotypes ini menyatakan bahawa manusia secara umumnya terbahagi kepada 3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut 3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badan (endoderm, mesoderm, dan ectoderm). Anda barangkali pernah terdengar ketiga-tiga istilah ini di dalam entri Abam Sado “Awas! Bahaya menanti si skinny” sebelum ini.

1 – Endomorphy
Fokus sistem: Sistem pencernaan

Penerangan: Mereka yang tergolong dalam kategori ini lazimnya mempunyai rupa bahagian tengah badan (abdomen) yang lebih besar, dan sistem pencernaan mereka juga secara teorinya lebih besar. Badan golongan ini juga kelihatan bulat, lembut dan kurang berotot. Peluang untuk menjadi gemuk adalah sangat tinggi kerana mereka yang dikurniakan tubuh badan sebegini lazimnya mempunyai lebih banyak sel lemak (fat cells) berbanding 2 jenis rupa tubuh yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan sel lemak? Itu akan Abam Sado ceritakan sebentar lagi.

Ciri-ciri personaliti: Sukakan makanan, terlebih emosi (emo memanjang), mudah bergaul, periang, perlukan lebih kasih sayang.

Contoh individu popular yang mempunyai rupa tubuh sebegini ialah Oprah Winfrey (pengacara), Kuman (pelakon) dan Syanie (pelakon).

2 – Mesomorphy
Fokus sistem: Otot dan sistem peredaraan (circulatory)

Penerangan: Mereka, terutamanya lelaki yang dikurniakan kategori ini lebih beruntung kerana bahagian atas tubuh (upper body) lebih besar berbanding bahagian abdomen, berbeza dengan yang pertama tadi. Orang kita sering menggelar golongan sebegini sebagai mereka yang mempunyai “rangka besar”.

Tubuh badan sebegini juga agak senang untuk membina otot, maka mereka yang mempunyai tubuh sebegini dipendekkan cerita tampak gagah, agresif, bertenaga dan aktif secara natural. Distribusi sel lemak juga tidaklah terlalu banyak seperti individu Endomorphy. Memandangkan mereka ini secara relatif mempunyai hormon tumbesaran (testosteron) yang lebih tinggi berbanding yang lain, kebiasaan golongan ini cepat matang dan kematangan wajah itu terserlah sejak di sekolah lagi.

Ciri-ciri personaliti: Lasak, berani, keinginan untuk memimpin yang kuat (untung orang perempuan kalau dapat hubby seperti ini), tegas, sukakan cabaran, kompetitif.

Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Mike Tyson (peninju), Rafael Nadal (pemain tenis) dan kebanyakkan bodybuilder yang lain.

3 – Ectomorphy
Fokus sistem: Nervous system dan juga otak (ectoderm)

Penerangan: Mereka yang bertubuh sebegini tampak lebih kurus dan sedikit susah untuk naik berat badan kerana secara genetik mereka tidak dikurniakan sel lemak yang banyak seperti 2 individu di atas. Tahap kepekaan mereka juga sangat tinggi memandangkan fokus sistem mereka tertumpu pada nervous system. Berbeza dengan Mesomorphy, wajah golongan ini sentiasa kelihatan muda meskipun berumur hampir 30-an (kalau kena pada orang lelaki, selalunya orang kita panggil bermuka ‘jambu’), barangkali disebabkan kurangnya hormon yang bertanggungjawab untuk kelihatan lebih maskular.

Ciri-ciri personaliti: Bijak mengawal emosi, lebih sukakan privasi, artistik, kreatif, cepat berasa cemas

Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Ashraf Muslim (pelakon), Bruce Lee (pelakon), dan Datuk Lee Chong Wei (pemain badminton).

Sel Lemak (Fat Cell Theory)

Apa yang bakal Abam Sado ceritakan sebentar lagi mungkin akan menakutkan anda sedikit, tetapi ini hanyalah sekadar teori yang disokong oleh satu kajian saintifik yang pernah dilakukan oleh Dr. Kristy Spalding di Karolinska Institute, Sweden.

Teori Fat Cell menyatakan bahawa penghasilan sel lemak (adipocytes) terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu pertama, sedari kita dalam rahim ibu lagi sehinggalah kita berumur 2 tahun, kedua, dari umur 2 tahun hinggalah ke umur 7 tahun, dan ketiga, dari umur 7 tahun hinggalah kepada fasa di mana kita tidak boleh menjadi tinggi dan membesar lagi, yakni pertumbuhan kita dah capai plateau.

Apabila seseorang kanak-kanak yang sedang membesar itu mengambil terlalu banyak kalori, maka kalori yang berlebihan itu akan ditukarkan kepada lemak, lalu disimpan di dalam sel-sel lemak yang sedia ada (fat cells). Sel-sel lemak sifatnya lebih dinamik berbanding sel otot, yang mana ia boleh mengembang dan membesar mengikut saiz lemak yang tersimpan di dalamnya. Satu sel lemak boleh mengembang berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz asal (dan badan anda juga boleh mengembang dengan pantas seperti belon).

Apabila kesemua sel-sel lemak sedia ada sudah penuh terisi dengan lemak, sedangkan individu tersebut masih mengambil kalori dengan banyak, maka selagi individu tersebut berada pada ketiga-tiga peringkat tadi, maka tubuh akan terus menghasilkan sel-sel lemak yang baru untuk menampung keperluan ini. Apa yang menakutkan di sini ialah, sel-sel lemak akan sentiasa boleh dihasilkan jika terdapatnya keperluan, TETAPI sel-sel lemak itu angkanya tidak akan berkurang meskipun anda sudah kurus!

Secara praktikalnya, individu yang memiliki lebih banyak sel-sel lemak seperti golongan Endomorph akan mudah mengalami kenaikan berat badan berbanding individu yang memiliki kurang sel-sel lemak seperti golongan Ectomorph (Abam Sado akan bincangkan hal berkenaan sel-sel lemak ini dalam entri yang berlainan di masa akan datang).

.

Somatotyping

Teknik menentukan di mana terletaknya diri kita dalam ketiga-tiga kategori rupa tubuh di atas dikenali sebagai somatotyping. Pentingkah somatotyping ini? Ya, somatotyping boleh dikira penting juga jika kita inginkan plan untuk menurunkan/menaikkan berat badan yang lebih teratur dan konsisten.

Menerusi somatotyping, jurulatih kesihatan / personal trainer / diri anda sendiri dapat menentukan sejauh mana keupayaan anda untuk menjalani satu-satu latihan, mengganggarkan kadar metabolisma sebenar anda, makanan yang bersesuaian, dan keupayaan sama ada mampu untuk turun atau naik berat badan dengan mudah. Berdasarkan maklumat ini, pelan pemakanan dan senaman yang wajar akan dirangka agar anda mampu mencapai impian bentuk tubuh yang dikehendaki secara optimum.

Sistem somatotyping menggunakan skala yang telah dibangunkan oleh Sheldon menggunakan rangka susunan berikut “Endomorph – Mesomorph – Ectomorph“. Susunan ini akan ditukarkan ke dalam bentuk angka berupa skala yang menunjukkan sejauh mana persamaan anda dengan kategori yang berkenaan. Angka 1 bermaksud anda tidak mempunyai persamaan dengan kategori berkenaan, diikuti 2, 3, 4, sehinggalah 7 yang membawa maksud anda mempunyai banyak ciri-ciri rupa tubuh yang berkenaan.

Kenapa somatotyping ini diwujudkan? Ini kerana tidak semua daripada kita jatuh bulat-bulat dalam salah satu kategori ini, tetapi terdiri daripada kombinasi ketiga-tiga jenis rupa tubuh ini. Aku sendiri jatuh dalam kategori Ectomorph, tetapi mempunyai sedikit ciri-ciri Mesomorph.

Anda rasa info yang kami berikan bermanfaat?
Sila SHARE agar ilmu ini dapat dipanjangkan kepada mereka yang memerlukan.

Nak info menarik lagi?
LIKE >> Abam SADO 
 
1 – Endomorphy

  Mereka yang tergolong dalam kategori ini lazimnya mempunyai rupa bahagian tengah badan (abdomen) yang lebih besar, dan sistem pencernaan mereka juga secara teorinya lebih besar. Badan golongan ini juga kelihatan bulat, lembut dan kurang berotot. Peluang untuk menjadi gemuk adalah sangat tinggi kerana mereka yang dikurniakan tubuh badan sebegini lazimnya mempunyai lebih banyak sel lemak (fat cells) berbanding 2 jenis rupa tubuh yang lain.



Ciri-ciri personaliti: Sukakan makanan, terlebih emosi (emo memanjang), mudah bergaul, periang, perlukan lebih kasih sayang.

Contoh individu popular yang mempunyai rupa tubuh sebegini ialah Oprah Winfrey (pengacara), Kuman (pelakon) dan Syanie (pelakon).


 2 – Mesomorphy

 Mereka, terutamanya lelaki yang dikurniakan kategori ini lebih beruntung kerana bahagian atas tubuh (upper body) lebih besar berbanding bahagian abdomen, berbeza dengan yang pertama tadi. Orang kita sering menggelar golongan sebegini sebagai mereka yang mempunyai “rangka besar”.
Tubuh badan sebegini juga agak senang untuk membina otot, maka mereka yang mempunyai tubuh sebegini dipendekkan cerita tampak gagah, agresif, bertenaga dan aktif secara natural.


 Ciri-ciri personaliti: Lasak, berani, keinginan untuk memimpin yang kuat (untung orang perempuan kalau dapat hubby seperti ini), tegas, sukakan cabaran, kompetitif.

Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Mike Tyson (peninju), Rafael Nadal (pemain tenis) dan kebanyakkan bodybuilder yang lain.


 3 – Ectomorphy

 Mereka yang bertubuh sebegini tampak lebih kurus dan sedikit susah untuk naik berat badan kerana secara genetik mereka tidak dikurniakan sel lemak yang banyak seperti 2 individu di atas. Tahap kepekaan mereka juga sangat tinggi memandangkan fokus sistem mereka tertumpu pada nervous system. Berbeza dengan Mesomorphy, wajah golongan ini sentiasa kelihatan muda meskipun berumur hampir 30-an.

 Ciri-ciri personaliti: Bijak mengawal emosi, lebih sukakan privasi, artistik, kreatif, cepat berasa cemas

Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Ashraf Muslim (pelakon), Bruce Lee (pelakon), dan Datuk Lee Chong Wei (pemain badminton).

Friday, October 03, 2014

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

GIVE AWAY LAGI..!! JOM JOM
SUKE LATTEW :)

Klik banner untuk maklumat lanjut ;)
http://tengkubutang.blogspot.com/2014/10/mini-giveaway-tengkubutang-bersama.html 

Wednesday, October 01, 2014

Pemenang Segmen Topup by Hanya Aku dan Dia

TAHNIAH BUAT SEMUA YANG MENANG YE..
AND LISSA PUN MENANG JUGA :) THANKS NATIKAH1997

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ADA REZEKI BUAT LAGI..

GivEawAy BiRthdAy YoU aLLs by ACIK

HAPPY BIRTHDAY YOU ALL :)
SEMEMANGNYA IF BIRTHDAY KITA,MESTI KITA HARAP DAPAT HADIAH KAN?
HEHEHE.. JOMLAH JOIN GA NIE BY ACIK


BIRTHDAY LISSA ON 29th JANUARY 19.. hihihi 
 
KLIK BANNER YE
 http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/giveaway-birthday-you-alls.html


 

Tuesday, September 30, 2014

GIVEAWAY BAIK PUNYA ANJURAN SWEET MOM BLOG

LET'S JOIN GA DARI SWEET MOM BLOG 

 http://sweetmom83.blogspot.com/2014/09/giveaway-baik-punya-anjuran-sweet-mom.html
Hadiah memang terrrbaiklah..
 
Hadiah ialah: 
  • Hadiah tempat pertama Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 50.00 + Free Gift
  • Hadiah tempat kedua Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 30.00+ Free Gift
  • Hadiah tempat ketiga Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 20.00+ Free Gift
 
Saya suka  Sweet Mom  Blog kerana ianya look sweet dan lovely dengan warna pink and putih.  Kehidupan Sweet Mom dizahirkan melalui lakaran dan animasi yang menjadi header blognya. Semestinya, pelbagai tips kesihatan dan kecantikkan yang dikongsi bersama rakan blogger yang lain.