Lissa

Lissa

Wednesday, October 15, 2014

Cara Memikat Hati Suami

 


Terbaca di majalah online mengenai hal ini, sesaje nak kongsi. Buat panduan pada diri sendiri dan sahabat untuk sekarang @ masa hadapan :)

Cara Memikat Hati Suami..



THERE IS NOTHING LIKE MARRIAGE







Layanan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.


Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.


Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.


Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.


Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.


Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.


Dan yang paling penting dekatkan diri pada tuhan insyallah tuhan dekatkan pasangan kita disisi kita sentiasa dan jangan lupa menjaga kesihatan kewanitaan kita..

Monday, October 13, 2014

TIPS UNTUK MENEGUR SUAMI TERSAYANG

Salam sayang semua. Memang susah nak tegur orang lelaki kan? Sikap ego mereka kadangkala buat kita cuak. Lis terbaca tips ini dan nak share dengan anda..Tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah bagaimana untuk menegur suami anda.

✔ Baca doa pelembut hati sebelum bercakap.
✔ Cakap 1 perkara pada 1 masa.
✔ Beri dia peluang untuk bercakap sebab lelaki tak selesa dan tak suka memotong cakap orang.
✔ Elak pamerkan emosi semasa bercakap.
✔ Beri dia fakta dan maklumat untuk mudah terima idea.
✔ Cakap ringkas dan jitu, elakkan terlalu detail.
✔ Tundukkan kepala bila bercakap tanda hormat dan suara menjadi lembut dan lebih "base", mirip suara lelaki.
✔ Sentiasa puji suami dengan ikhlas sebelum menegur.
✔ Sokong pendapatnya selagi tak bertentangan dengan hukum.
✔ Elak jatuhkan maruahnya.
✔ Elak bandingkan suami dengan lelaki lain.







 

Saturday, October 11, 2014

KEYBOARD





Kenapa agaknya huruf-huruf keyboard pada komputer tidak disusun secara teratur? Dulu time mula-mula nak belajar taip, memang susah! Mencari-cari mana huruf A,B..dll.. Hehehe agaknya korang sama x ?
Jom kita baca sejarah huruf-huruf keyboard tidak disusun secara teratur.. 

1. Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD tapi bila disusun macam ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem mesin taip dia. Jadi, Scholes pun invent sistem QWERTY ni.

2. Tahukah anda,sebenarnya sistem QWERTY dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan? Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan dan kita jadi lebih relaks bila menaip.

3. Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, jadi kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.

4. Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai? Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti korang perasan.




Friday, October 10, 2014

KHASIAT HERBA TRADISIONAL

 


Semua herba ini memang senang dijumpai, namun tidak ramai yang tahu apa kegunaan dan khasiatnya. Mari sama-sama belajar tentang khasiat herba tradisional. 

~~Lengkuas lancarkan peredaran darah

 

Ia mengandungi bahan antioksida semulajadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh. Selain itu, lengkuas mampu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat.  Masalah seperti panau dan ekzema mampu diatasi kerana leng­kuas mengandungi bahan kimia semula jadi yang mampu menghapus bakteria pada permukaan kulit.

~~Limau purut untuk kecantikan kulit dan rambut 





Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.Limau purut dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta mengurangkan masalah kelemumur. Ambil sebiji buah limau purut, belah dua dan sental pada permukaan kulit kepala. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

 ~~Serai untuk melangsingkan tubuh 



Bahan antibakteria serta elemen detoksifikasi yang terkandung di dalam serai boleh membantu menurunkan berat badan dan membuang lemak.Kajian University Gurion di Israel mendapati 100 gram serai yang mengandungi bahan antikoksidan membantu mengelak kanser.

 ~~Buang angin dengan halia

 

Ia biasanya bermanfaat untuk mengurangkan masalah tidak hadam, angin di dalam perut serta memperbaiki saluran usus.
Kajian saintifik mendapati halia mengandungi sifat-sifat teraputik yang menghalang pembengkakan dan kesan antioksidan.
Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Juga, hasil kajian dari University of Michigan Medical School mendapati bahawa akar halia baik untuk mengurangkan simptom kanser kolon serta membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. 

 ~~Sembuhkan batuk dan sakit gigi dengan cengkih

 

Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal sejak berzaman lagi. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilang­kan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih sebagai teh. Ia baik untuk mengurang­kan masalah sakit gigi dan gusi.Cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya.
Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih ini berfungsi untuk melawan bakteria.

Thursday, October 09, 2014

SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWER SAMPAI PUAS

KLIK BANNER UNTUK JOIN YE.. ADA HADIAH SAGUHATI  MENANTI BLOGGER YANG BERTUAH..

http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/09/SegmenTingkatkanFollowerSampaiPuas.html

Wednesday, October 08, 2014

9 Kebaikan ubi keledek.

 


Orang Malaysia memang tidak boleh dipisahkan dengan nasi. Namun bagi mereka yang ingin berdiet anda boleh cuba untuk menukar haluan dari mengambil nasi dengan memakan ubi keledek.


Jom, baca apa kebaikan ubi keledek..

1) Kandungan serat yang tinggi.
Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Untuk setiap hidangan (200g) terdapat kira-kira 7 gram serat, ubi keledek merupakan tambahan karbohidrat untuk hidangan makanan anda. Serat yang tinggi memberikan kelebihan kepada ubi keledek iaitu "kualiti pembakaran perlahan" bermakna tenaga kalori mereka digunakan lebih perlahan-lahan dan cekap daripada karbohidrat rendah serat


2) Ubi Keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi.
Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

3) Ubi Keledek merupakan sumber Vitamin C yang baik. 
Kite sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser

4) Kandungan Vitamin D dlm ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

5) Ubi Keledek mengandungi besi (iron). 
 Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting dlm badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

6) Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

7) Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium, ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.

8) Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

 9) Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.


ANDA MAMPU MENUKAR DIET DARI NASI KE UBI KELEDEK ?? :)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA..