Tuesday, January 20, 2015
Perginya Seorang Sahabat
Bagaikan mimpi, Lissa dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang Lissa kenali sejak 11 tahun dulu 2 hari lepas. Arwah baru sahaja melangsungkan pertunangan pada Disember tahun lepas, dan merancang untuk bernikah pada tahun ini. Jodoh dan maut ditangan-Nya. Kita hanya mampu merancang.
Rindu sekali pada arwah. Pernah beberapa kali kami merancang untuk berjumpa, tetapi tidak kesampaian.
Arwah seorang yang penyayang. Sering kali arwah menemai Lissa pulang dari sekolah. Arwah akan berjalan bersama sambil menolak basikalnya. Kenangan yang tidak mungkin Lissa lupakan saat pulang dari sekolah dulu, kami dikejar anjing. Lari lintang-pukang kami bersama basikal.. Hahaha..
Arwah datang dalam mimpi Lissa. Bertudung putih. Katanya, kami dah tak boleh nak jumpa dah lepas ni.
Kita akan berjumpa di 'sana'. Kemudian arwah memeluk Lissa. Mungkin maksud di 'sana' adalah di akhirat nanti.
Rindunya pada sahabatku, Nur Suriaty.. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan berada di kalangan yang soleh.
Sedekahkanlah Al-Fatihah buat sahabatku.
Salam sayang.. Lissa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga arwah tenang di sana..al-fatihah
ReplyDeletetakziah untuk sahabat..alfatihah
ReplyDeleteTakziah
ReplyDeleteAl- Fatihah..
Hari ni juga, budak U sy pun ade yang meninggal sebab penyakit yang dialami..
salam perkenalan dan follow kat sini =)
takziah..sebak baca..moga Allah tempatkan Nur Suriaty di jannah..
ReplyDelete