Selalu korang mandi pukul berapa ek? hihihi rahsia ye?
Jom kita baca apa kelebihan mandi sebelum Subuh.
Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini,
jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air
sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan
kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit
pula menjadi lebih lembut dan halus.
Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila
anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron
pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi
lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti
seharian tanpa rasa letih.
Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan
salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH,
dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam
tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit
dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk
dijangkiti dengan sebarang penyakit
Tak taulah pulak mandi sebelum subuh..kalo bgn sebelum subuh pon mandi naaakkk jugak lepas subuh hahaha lepas ni boleh ah amalkan
ReplyDeleteWww.adaa-inspiration.com
info bagus ni....
ReplyDeleteDone follow ..... jom lawat blog dan follow blog saya http://enyyusnizar.blogspot.com/
selalu nak try mandi before subuh tapi macam liat haha
ReplyDeletebut next time kena jugak ni :)
thanks for the info
sincerely,
Najlaa 'Aqilah