Sudah menjadi lumrah, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya. Anak terbentuk mengikut acuan kita, seperti
kain putih kita ibubapa yang mewarnai kehidupan mereka. Jika kita tidak
rajin mendidik mereka dari kecil dan menerapkan nilai-nilai murni
kemungkinan mereka akan degil dan kurang bercakap dengan kita.
1) Buat Kerja Sekolah Bersama-sama anak
Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di rumah.
Ini kerana, anak-anak mungkin berasa bosan atau mereka tidak memahami tentang pembelajaran.
Di sekolah, guru peneman mereka untuk menyelesaikan masalah.Apabila di rumah ibu adalah guru ke2 untuk mendidik si anak.
2) Berikan Ganjaran kepada anak
Wujudkan pertandingan ketika belajar. Contohnya: jika anak-anak
boleh siapkan kerja sekolah pada waktu yang singkat mereka boleh pergi
bermain dengan kawan-kawan.
Pujian adalah salah satu cara untuk memotivasikan si anak, berikan hadiah jika si anak mendapat markah yang baik.
Pujian itu juga adalah mata ganjaran dan doa buat si anak.Jadi
pujilah jika mereka melakukan sesuatu yang membanggakan.Ingat!!Jangan
lokek.
Si anak akan berasa lebih dihargai dan tanpa disuruh akan mengulanginya lagi untuk menggembirakan hati ibu bapa.
3) Menjadi Sahabat kepada Anak
Kenali masalah anak-anak dengan menjadi rakan mereka, ini lebih mudah untuk mereka berceritakan masalah yang dialami.
Memberi keyakinan yang tinggi agar mereka tidak takut untuk menghadapi sebarang kesukaran atau masalah di sekolah.
Selalulah memberi kata-kata semangat, dorongan dalam memotivasikan diri anak-anak anda.
4) Berdoa
Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur
Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
Memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t dan mengamalkan zikir.
Diharap perkongsian tips anak malas belajar di dalam pelajaran ini
memberi seribu satu manfaat yang bermakna untuk para ibu bapa. Ibu bapa
harus bijak berbicara dengan lembut terhadap si anak kerana setiap
perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa buat mereka.
Saya setuju dengan tips2 ni.. Kena luangkan masa dengan anak2 kalau nak anak berjaya.
ReplyDeletebetul tu, jgn bagi anak main tab je..
DeleteBagus tip2 nie ... Tapikan susah jugak nak aplilasi kan, tambahan bila budak2 dah besar ...
ReplyDeleteye, betul tu
Deletenak suruh mak abah baca ni. hehehehe.
ReplyDeletebtw. awak kena tag > sini < ^^
hehehe edrina..ty sudi singgah sini ye
DeleteLissa dah ada anak ker? tq tips yang bagus..
ReplyDeletebelum hihi welcome :)
Deletetips yang bermanfaat..boleh dijadikan panduan di masa hadapan
ReplyDeleteyes :)
Deletehehehe.. ntahlah, setiap org ada cara tersendiri kan?
ReplyDeletegood tips :D huu tapi mostly ada yang tak dapatdilakukan sebab parents sekarang macam busy dizzy ..tapi at least boleh cuba :) effort kan..
ReplyDelete