Ahli psikologi Amerika Syarikat, William H. Sheldon (1898-1977) pada tahun 1940-an telah mengeluarkan sebuah teori yang merubah persepsi masyarakat dunia terhadap rupa tubuh badan manusia. Teori somatotypes ini menyatakan bahawa manusia secara umumnya terbahagi kepada 3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut 3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badan.

1 – Endomorphy
Mereka yang tergolong dalam kategori ini lazimnya mempunyai rupa bahagian tengah badan (abdomen) yang lebih besar, dan sistem pencernaan mereka juga secara teorinya lebih besar. Badan golongan ini juga kelihatan bulat, lembut dan kurang berotot. Peluang untuk menjadi gemuk adalah sangat tinggi kerana mereka yang dikurniakan tubuh badan sebegini lazimnya mempunyai lebih banyak sel lemak (fat cells) berbanding 2 jenis rupa tubuh yang lain.
Ciri-ciri personaliti: Sukakan makanan, terlebih emosi (emo memanjang), mudah bergaul, periang, perlukan lebih kasih sayang.
Contoh individu popular yang mempunyai rupa tubuh sebegini ialah Oprah Winfrey (pengacara), Kuman (pelakon) dan Syanie (pelakon).
2 – Mesomorphy
Mereka, terutamanya lelaki yang dikurniakan kategori ini lebih beruntung kerana bahagian atas tubuh (upper body) lebih besar berbanding bahagian abdomen, berbeza dengan yang pertama tadi. Orang kita sering menggelar golongan sebegini sebagai mereka yang mempunyai “rangka besar”.
Tubuh badan sebegini juga agak senang untuk membina otot, maka mereka yang mempunyai tubuh sebegini dipendekkan cerita tampak gagah, agresif, bertenaga dan aktif secara natural.
Ciri-ciri personaliti: Lasak, berani, keinginan untuk memimpin yang kuat (untung orang perempuan kalau dapat hubby seperti ini), tegas, sukakan cabaran, kompetitif.
Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Mike Tyson (peninju), Rafael Nadal (pemain tenis) dan kebanyakkan bodybuilder yang lain.
3 – Ectomorphy
Mereka yang bertubuh sebegini tampak lebih kurus dan sedikit susah untuk naik berat badan kerana secara genetik mereka tidak dikurniakan sel lemak yang banyak seperti 2 individu di atas. Tahap kepekaan mereka juga sangat tinggi memandangkan fokus sistem mereka tertumpu pada nervous system. Berbeza dengan Mesomorphy, wajah golongan ini sentiasa kelihatan muda meskipun berumur hampir 30-an.
Ciri-ciri personaliti: Bijak mengawal emosi, lebih sukakan privasi, artistik, kreatif, cepat berasa cemas
Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Ashraf Muslim (pelakon), Bruce Lee (pelakon), dan Datuk Lee Chong Wei (pemain badminton).
Alamak..taktau lah saya yang mana satu.
ReplyDeletehttp://drshikinzainal.blogspot.com