Saturday, September 27, 2014

Wanita Yang Teristimewa

Kalau isteri sakitkan hati suami,tandanya derhaka pada suami.. Tapi bagaimana suami menyakiti hati isteri?

Wahai kaum suami..
kerana ISTERI, rezekimu bertambah
kerana ISTERI, maka lahirnya zuriat keturunanmu
kerana ISTERI, tenang hatimu
kerana ISTERI, makan,pakaimu terjaga
kerana ISTERI adalah satu manusia yang dapat melihat cacat celamu tetapi masih menerimamu.

Janganlah dikau menyakiti hatinya, ingatlah pengorbanan mereka walau kecil dimatamu.
Setiap peluh keringatnya yang menitis, melengkapkan keperluanmu..
Setiap titisan airmatanya yang mengalir kerana kamu dan anak-anak..

''Aku ciptakan wanita sebagai makhluk istimewa. Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anak. Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang tatkala yang lain menyerah. Ku berikan naluri untuk terus menyayangi walau sakiti dan dikhianati. Ku beri air mata kepadanya untuk membasuh lukanya dan memberi harapan baru tatkala jika suatu saat dia menangis..''

Hargailah isterimu.. Jangan sesekali disakiti hatinya kerana akan dicatitkan oleh Malaikat sebagai menderhaka kepada ALLAH,kerna isterimu adalah amanah dariNYA..

 
 

 

2 comments:

  1. ingatlah ibu juga :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe semestinya.. merekalah wanita-wanita teristimewa

      Delete