Saturday, September 20, 2014

5 Cara untuk menjadi orang yang lebih baik

1. BERSEDIA UNTUK BERUBAH
Dalam usaha untuk menjadi orang yang lebih baik.anda haruslah bersedia untuk berubah. Perubahan adalah satu-satunya cara untuk berkembang dan memajukan diri namun ramai yang menentang perubahan. Bukannya ia sesuatu yang bagus? Lakukan dari langkah yang kecil seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan, melipat pakaian yang kering dan sbgnya. Apabila anda bersedia untuk berubah, anda maju setapak untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam.

2. MENJADI CONTOH ATAU ROLE MODEL
Perbuatan atau sikap kita sentiasa dilihat oleh orang sekeliling. Menjadi ibubapa atau anak sulung, kita sentiasa dilabel sebagai contoh kepada anak-anak atau adik-beradik yang lain. Tidak kira apa yang kita lakukan, sentiasa membuat keputusan dan langkah yang akan orang lain akan menghormati anda.

3. MEMAAFKAN 
Manusia cenderung membuat silap dalam kehidupan. Yang pasti, tiada seorang pun yang tidak membuat kesilapan. Memaafkan merupakan suatu langkah yang positif dalam kehidupan. Menyimpan dendam atau marah hanya akan menyesakkan anda.

4.MENDENGAR
Bebanan kerja dan kekurangan masa membuatkan ramai yang tidak mendengar.
Mendengar bukan sahaja mengetahui mengapa sesuatu berlaku tetapi juga dapat merapatkan sesuatu hubungan. Menjadi seorang pendengar yang baik mampu merubah hidup anda.

5.HARGAI INSAN TERSAYANG
Adakah anda mempunyai seseorang yang istimewa atau insan tersayang?
Sama ada ia pasangan anda atau ahli keluarga, hargailah mereka. Zahirkan kasih-sayang anda melalui  hadiah sebagai penghargaan kepada mereka. Hadiah tidak semestinya mahal tetapi ianya haruslah lahir dari hati anda.  Salah satu perasaan yang indah adalah membuat insan tersayang tersenyum ketika berada disisi anda. 



8 comments: